Wednesday 24 April 2013

Kerja Oh Kerja!

                                  Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Sudah tiga minggu cuti semester berlalu, dan sudah dua minggu aku telah berkhidmat di sebuah sekolah. Sebagai apa? As a clerk maybe? Nope! Guru besar? Lagi lah tak. Beragak ah. Sijil diploma pun takde lagi. Acaner? Berangan! Aku kerja ni sementara nak tunggu result untuk final exam last semester keluar. Biasalah.. Nama lagi kolej swasta. Mesti la kena cari duit lebih. Nak support diri untuk semester akan datang.

Alang-alang cuti semester selama 2 bulan 2 minggu, so why not aku kerja kejap kan. Kejap ke? Almost 3 months tu! Dah macam IPTA. Whoa. Orang cakap buang masa je aku kerja. Buat penat. Baik duduk rumah je. Makan tidur makan tidur lagi best. 

 ''Kenapa tak buat lesen zana?''

 '' Aku fedup!''

 '' Laa.. asal?''

 '' Macam mana tak fedup, dah dua kali test undang-undang. Failed jugak.
   (I am very weak in question objectively. Tak suka okey)''

 '' Errr...(speechless)''

Baiklah. 2 minggu sebelum aku dapat kerja, aku telah buat satu pencarian. Di mana masa tu aku sangat sibuk cari kerja. Macam-macam job aku apply. Dari sumber mudah.com, sampai la sumber dari berita harian. Tapi hampir semua tak dapat. And the last one, akhirnya aku dapat apa yang aku nak! Allah memahamiku. :') 

Aku ni jenis memilih sikit. Aku tak suka kerja macam promoter ataupun cashier. Lebih kurang kerja macam tu la. Aku rasa kerja macam tu penat. Yelah. Dari awal masuk kerja sampai balik, berdiri je. Pulak tu dok layan customer. Penat kot. Orang-orang yang kerja macam tu memang Allah bagi kekuatan yang lebih kat diorang. Bukan senang nak kerja macam tu tau. 

Hm. By the way, aku suka kerja macam pengasuh taska ataupun guru tadika. Kau suka ke basuh berak budak-budak? Geli kot. Okey. Sebenarnya aku sangat suka kerja macam ni sebab aku rasa macam kerja ni adalah sangat simple dan rileks! Kenapa??

Aku pernah kerja as a babysitter dekat Taska Jasmin Ceria selama 7 bulan. Tu sebelum aku masuk KUIS. Masa tu lepasan STAM. Gaji takde lah semasyuk kerja promoter. RM550 exclude over time. Yang syoknya jadi babysitter ni, kita boleh jadi macam diorang. Masa diorang makan, kita makan. Diorang main kejar-kejar, kita pun sama. Paling syok, time diorang tidur kita pun boleh tidur! Hehehe. That's why i love thats job too much. Seronok uolls!

Aku pegang kata-kata seorang lecturer aku yang pernah mengajar subjek Mainstream English semasa semester dua. "AKU BELAJAR UNTUK MENGAJAR.'' Jadi seorang pendidik sangatlah mulia. Syukur. Sekarang aku sedang berkhidmat di sebuah sekolah rendah sebagai guru ganti sahaja. Sekolah Rendah Agama Darul Huda. Yang mana aku mengajar di sekolah yang pernah aku belajar dulu. :') Bukan mudah jadi guru. Tapi mana ada pekerjaan yang mudah kan. Allah Maha Adil. Ye dak?

sampai rembat google ambil gambar ni buat cover photo fb. teheee. :)
I am ustazah and I'm proud of it ! :)

Terima kasih!

Monday 14 January 2013

Abah sakit.

                                             Assalamualaikum. :)


2 hari lepas, abah kurang sihat. Abah memang jenis jarang sakit-sakit. dalam setahun tu boleh kira berapa kali abah demam. tapi kalau dah tak sihat, memang abah susah nak pulih. abah seorang yang manja bila sakit. suruh mak buat sup, bubur itu dan ini. masa abah tak sihat, perhatian wajib diberi sepenuhnya kepada abah. :)


malam tu abah nak guna lappy. ada keje ofis yang tak settle katanya. tapi tak sempat nak bukak lappy pun, abah terus ke living room. buka tv. alih-alih channel. pastu tutup tv. terus masuk bilik. abah buka almari. gelabah dok cari something. pergi living room balik. buka tv. tukar-tukar channel. pastu tutup tv lagi. *aku garu kepala* sebelum masuk bilik lagi abah pesan, ''ana..nanti tolong ambil minyak angin dalam kabinet''. then terus dia masuk bilik..


aku terus pergi ambil minyak angin tu, kasi kat abah. malam tu, sebelum aku tido aku salam dulu dgn mak abah. kebiasaan dari kecik mak abah memang ajar macam tu. aku tanya mak, ''kenapa dgn abah? gelabah je dari tadi.'' 


mak terus tengok abah. muka badan kaki abah basah. tilam bantal selimut semua basah. kami cuak gila masa tu. aku terus ambil kain dan lap badan abah. tapi rasa basah tu masih ada. kain yang kering sebelum diguna, terus jadi basah. siap boleh perah lagi. minyak angin tu aku guna urut belakang badan abah. yela. mana tau kot-kot abah sakit perut ke. masa tu abah tak banyak cakap. urut punya urut. yang aku rasa cuma minyak bercampur air. tak meresap. basah-basah kat badan abah tak jugak hilang. abah muntah-muntah. Ya Allah. masa tu Tuhan je tahu macam mana perasaan aku. takut. fikir negatif. segala doa aku baca masa tu. air mata dah jatuh. ;(


aku ajak abah gi klinik. abah angguk. ya. abah memang macam ni. mak cakap dari sebelum dapat anak lagi abah macam ni. batuk-batuk kecik pun gi klinik. hehe. jauh beza dgn aku. aku takut dgn ubat. pahit. yeww. dari dulu sampai sekarang, aku bermanja dgn ubat air je. kalau gi klinik, tak cakap pun doktor dah paham. aku memang tak makan ubat telan. bagi la iphone5 pun, memang aku tak suka benda tu. Ishh.. tak boleh paksa. (out of topic)


bergegaslah kami ke klinik idzham. masa tu kira-kira dalam pukul 2.30 pagi. malam tu kaklong yang drive. malam yg agak lewat, so mak tak berani nak ambik risiko utk drive. 

masuk bilik doktor, abah pung pang pung pang. membebel apa yang patut. doktor kata maybe abah terkena food poisoning atau masuk angin. Fuhhh. aku tarik nafas lega panjang. Alhamdulillah. rasa cuak dah hilang serta merta. :')
doktor mintak nak inject utk tahan sakit. aku dgn mak sama-sama gelak. abah dari dulu takut dgn jarum dan darah. kalau ada accident kat atas jalan, mengalahkan orang tgh racing abah drive. haha. nak taknak, memang abah kena inject gak malam tu. 

Alhamdulillah. harini abah dah baik sepenuhnya. :')

my priority after Allah and Rasulullah. love u mak abah. :)

                           * اللهم اغفرلي ولوالدي وارهمهما كما ربياني صغيرا *

 # Ya Allah. ampunilah aku. kedua ibu bapaku. dan kasihanlah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi. :')


terima kasih.

Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum :)

Bermulalah awal muharram pada tahun 1434H ini.
Tutup buku lama, buka buku baru! :)
Jangan lupa baca doa ni uolls! Doa awal tahun dan akhir tahun.

doa ni kena baca 3kali tau.
pada waktu akhir Asar atau sebelum masuk maghrib pada akhir bulan Zuljhijjah.

doa ni pun kena baca 3kali gak tau.
selepas maghrib pada 1 muharram. :)

p/s : Bulan-bulan dalam Islam bukanlah November, Disember, etc.. Tetapi Muharram, Rabiulawal, etc..
Apa azam uolls pada tahun baru ni? Salam Maal Hijrah. :)

thank you ladies and gentlemen! :D